top of page
LOGO OFFICIAL IUK.png

PROFIL FIRMA

Berbekalkan pengalaman lebih 37 tahun dalam perkhidmatan kerajaan dan sebagai kesinambungan dari itu, maka Dato’ Indera Sr Mohd Noor bin Isa telah menubuhkan firma ukur yang dinamakan sebagai INDERA UKUR KONSULTAN. Firma ukur ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 19 Jun 2019 melalui kelulusan pendaftaran praktis yang diberikan oleh Lembaga Jurukur Tanah Malaysia; No. LJT 275/2019. Selain dari itu, firma ini juga mendapat kelulusan praktis dari Lembaga Jurukur Sabah bertarikh 10 Julai 2019; No. LJS 37/2019.

Sesungguhnya penubuhan firma ini adalah atas hasrat dan impian Dato’ Indera Sr Mohd Noor bin Isa selaku Pengarah Urusan untuk berkongsi pengalaman bagi menyahut serta menyokong inspirasi kerajaan supaya badan-badan profesional terlibat sama dalam arus pembangunan negara. Dalam konteks ini, perjalanan pengurusan firma ini akan diuruskan berorientasikan kepada kepuasan klien; dan dalam masa yang sama, pengurusan firma ini tidak akan melihat kepada keuntungan semata-mata; malahan akan terus berpegang kepada prinsip menang-menang di antara firma dan klien dengan mengambil pendekatan ‘klien diutamakan, perkhidmatan dipertingkatkan, profesionalisme dimartabatkan’. Firma ini percaya bahawa situasi ini boleh dicapai dengan meletakkan klien sebagai sebahagian dari firma kerana firma percaya bahawa antara firma dan klien berpisah tiada.

Dengan menggunakan tag line I and You Ok atau singkatannya IUK dan dengan berpaksikan kepada kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh klien, maka adalah diharapkan impian Firma Indera Ukur Konsultan untuk menjadikan ‘IUK - BERSAMA MEMBINA MASA HADAPAN’ akan tercapai.

Sunting

Profil Firma: About
bottom of page