SERVIS
Menyediakan perkhidmatan dan perundingan:
UKUR HAKMILIK TANAH
Meliputi mana-mana kerja ukur hakmilik tanah yang berhubung kait dengan pendaftaran sesuatu hakmilik bagi pelupusan tanah, pecah bahagian dan cantuman tanah, penandaan dan penanaman semula batu sempadan dan penyediaan Pelan Akui.
STRATA
Menjalankan pengukuran strata bagi pemberimilikan sesuatu bangunan atau blok berbilang tingkat ataupun berbilang lapisan petak tanah yang dibangunkan di atas sebidang tanah. Kerja ukur hakmilik strata termasuklah pengukuran semula sempadan lot, penentuan kedudukan bangunan atau blok-blok sementara, penentuan setiap tingkat bangunan, ukuran dimensi mendatar petak atau petak tanah, petak aksesori dan harta bersama.
UKUR KEJURUTERAAN
Melibatkan ukur kawalan mendatar dan menegak, penandaan (monumenting), cross-sectioning dan profiling, ukur deformasi, dan kerja-kerja piling dan setting out bagi pembinaan bangunan, jalan, parit, tali air atau talian elektrik dan juga pemantauan kerja-kerja pembinaan.
PEMETAAN TOPOGRAFI
Melibatkan pengukuran Ukur Aras dan Ukur Butiran bagi mendapatkan kedudukan, kontur, topografi dan maklumat terkini butiran seperti kedudukan bangunan, jalan, sungai, parit, longkang dan sebagainya.
PENGGAMBARAN UDARA
Penyediaan data Synthetic Aperture Radar (SAR), fotoudara resolusi tinggi, ortofoto, DTM/Aerial-Triangulation dengan menggunakan teknologi terkini seperti UAV atau LIDAR.
HIDROGRAFI
Pengukuran hidrografi bagi pemetaan kedalaman dasar laut, pengambilan data pasang surut, gambaran topografi dasar laut, land reclamation, dredging, platform subsidence, pengukuran kawasan sungai dan pesisir pantai.
PERLOMBONGAN
Pengukuran dan penyediaan Pelan Keratan Lintang (Cross-Section Plan) dan Pelan Keratan Bujur (Longitudinal Plan) bagi tujuan permohonan pajakan lombong.
PEMBANGUNAN TANAH DAN PERUMAHAN
Khidmat nasihat & perundingan ukur dalam pembangunan tanah dan perumahan juga antara kepakaran bagi firma IUK dalam membantu merancang pembangunan tanah melalui penggunaan tanah dan perumahan secara optimum yang menghasilkan pembangunan yang lestari serta tersusun. Antara khidmat nasihat yang disediakan adalah seperti permohonan penyatuan tanah, permohonan tukar syarat sekatan kategori tanah, permohonan serah balik dan berimilik tanah serta lain-lain lagi.
PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT GEOSPATIAL
IUK turut menyediakan kepakaran dalam Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Geospatial (GIS) yang merupakan salah satu perkhidmatan ukur paling mencabar dalam penyediaan data maklumat geospatial. GIS merupakan aplikasi yang melibatkan teknologi pintar dalam membuat keputusan dan analisis berdasarkan kepada geo-lokasi dan maklumat geospatial berkaitan. IUK menggunakan teknologi GIS untuk integrasi, manipulasi dan mengambarkan secara luas serta mengoptimumkan informasi dalam menghasilkan gambaran geografi, data persekitaran yang lengkap dan karasteristik sosio-ekonomi. Bermula dengan pemetaan topografi secara komputer sebagai asas pemetaan, kemudiannya pertindihan data geospatial menjadikan pembangunan dan pengurusan maklumat geospatial menjadi salah satu analisis untuk membuat penilaian dan mendapatkan keputusan yang pantas kepada spatial yang kompleks.
PEMETAAN UTILITI BAWAH TANAH
Memberikan perkhidmatan pemetaan utiliti bawah tanah bagi penyediaan maklumat kemudahan dan perkhidmatan asas (seperti sistem bekalan air, bekalan elektrik, perkhidmatan telekomunikasi, saliran dan pengaliran, sistem pembentungan dan pembuangan sisa pepejal) yang diperlukan untuk pembangunan yang terancang.